PROGRAM CLEAN OCEAN PROJECT BY STUDENTS IN SABAH AND AKITA (COPSA) SUSTAINABLE OCEAN PROJECT IN SABAH, MALAYSIA

PROGRAM CLEAN OCEAN PROJECT BY STUDENTS IN SABAH AND AKITA (COPSA) SUSTAINABLE OCEAN PROJECT IN SABAH, MALAYSIA

2 OGOS 2024 – SMK Taman Tun Fuad telah terpilih menjalankan aktiviti kesedaran alam sekitar bagi Program ‘Clean Ocean Project by students in Sabah dan Akita-COPSA’ oleh pihak Conference of Earth Environment (CEEA), Akita Jepun dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (EPD).

Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan lautan dan mengurangkan jumlah sampah plastik di pantai dan laut. Seramai 30 orang murid 4 Bestari dan 6 orang murid dari Akita Central High School telah bertukar-tukar pendapat dan mengikuti permainan Model Alam Sekitar yang sangat menyeronokkan.

Penerangan tentang isu pencemaran plastik di laut turut diberikan kerana ia menjadi antara isu alam sekitar yang amat kritikal kepada kepupusan kepelbagaian hidupan biologi marin. Selain itu, murid-murid turut menjawab soal-selidik yang diberikan sebelum dan selepas aktiviti tersebut. Di akhir program, murid-murid dari Jepun telah melawat kawasan sekitar sekolah.

Diharapkan program ini dapat membuka mata dan meningkatkan kesedaran murid-murid untuk menyayangi alam sekitar khususnya menangani masalah hidupan marin yang kini semakin terjejas akibat pencemaran plastik di lautan.

MURID-MURID PPKI YANG TERLIBAT DALAM TARIAN SAMBUT TAMU
UCAPAN DARIPADA PN. MARIKO (CEEA, AKITA JEPUN)

PERMAINAN ALAM SEKITAR

AKTIVITI KUMPULAN DAN SESI SOAL-JAWAB

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA WAKIL EPD DAN CEEA, AKITA OLEH DR HAJAH SITI KISNI BT KISSON (PK HEM) YANG MEWAKILI PENGETUA PN HALIJA BINTI HJ JONGGANG
KENANGAN BERSAMA GURU-GURU DAN MURID-MURID SELEPAS PROGRAM

LAWATAN DI SEKITAR KAWASAN SEKOLAH

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply