30 Julai 2024 –Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani Sekolah Menengah Daerah Kota Kinabalu Tahun 2024 telah dijalankan di mana SMK Taman Tun Fuad telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid berpidato secara bersahaja dan meyakinkan, menggalakkan murid membaca dan menghayati karya ilmiah penulis tempatan dan luar Negara, membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid, meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dan membudayakan pengurusan KBAT dalam kalangan AJK pengelola.
Majlis penutupan dirasmikan oleh Encik Bunsu Bin Gaga,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dengan diiringi oleh En Rozalee bin Jamir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Secara keseluruhannya, sebanyak 11 buah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu yang telah menghantar penyertaan . Untuk kategori tingkatan 6, johan disandang oleh Dania Iffzatul Natiffa Bt Rusmin (SMK Agama KK), tempat kedua Cindy Gracella Lisau (Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu) dan tempat ketiga Vinie Joe Mijong (SM La Salle).
Untuk menengah atas, johan disandang oleh Nur Nabilah Bt Mohd Sharif (SMK Agama KK ), Naib Johan ialah Mohd Asyrul Amri Bin Mohd Asmawi (SMK Likas) , Tempat ketiga Rayyan Mukhriz Bin Roy Ryner (SMK Agama Tun Ahmadshah), Tempat keempat Audrey Haztella Anthony ( SM ST Peter Telipok) dan tempat kelima Raiyan Ilham Bin Ahmad (SM La Salle).
Untuk menengah rendah , johan disandang oleh Andi Farisya Anisah Bt Kamarudin (SMK Agama KK), Tempat kedua Nurqalesya Najwa Bt Alighadier (SMK Agama Tun Ahmadshah) tempat ketiga Putra Danish Ridhuan Bin Mohammad Taufiq Phun (SM Tinggi Kota Kinabalu), tempat keempat Arisa Hawani Bt Tony @ Azrieno (Maktab Sabah) manakala tempat kelima Ziela Rossa Bt Azmi (SMK Taman Tun Fuad).
Diharapkan agar dengan adanya penganjuran pertandingan pidato ini akan dapat mencungkil bakat serta potensi murid untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Adalah menjadi harapan juga agar pemenang pertandingan ini akan dapat mewakili seterusnya membawa kejayaan untuk daerah Kota Kinabalu.