Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Kaamatan Peringkat SMK Taman Tun Fuad

Majlis Sambutan Hari Guru & Hari Kaamatan Peringkat SMK Taman Tun Fuad

24 Mei 2024 – Sambutan Hari Guru dan Hari Kaamatan peringkat SMK Taman Tun Fuad telah dilaksanakan. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru-guru dan murid, memupuk perasaan perpaduan dan muhibbah dalam kalangan murid serta membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah. Hari guru tahun ini dengan tema “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” disambut bagi memberi penghargaan kepada semua barisan guru SMK Taman Tun Fuad atas komitmen dan kesanggupan menggalas tanggungjawab yang berat demi memastikan anak didik menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Hari Kaamatan pula adalah hari yang disambut oleh masyarakat Kadazan-Dusun-Murut di Sabah selepas musim menuai padi. Sehubungan itu, pada tahun ini pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama Kelab Kebajikan Guru dan Staf (KKGS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil inisiatif berganding bahu menyambut Hari Guru dan Kaamatan secara serentak di peringkat sekolah. Antara pengisian program pada tahun ini ialah permainan Hari Kaamatan, Ikrar Guru, nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia” dan “Kasakazan Bambaazon” oleh semua guru, persembahan murid dan penyampaian anugerah guru. Majlis yang dirasmikan oleh Pn. Umay @ Sitiarah Bt Mamalempeng, AJK PIBG SMK Taman Tun Fuad turut mendapat sokongan daripada semua Anggota Kumpulan Pelaksana di sekolah. Program ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi keakraban dan ukhuwah dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid-murid SMK Taman Tun Fuad. Selain itu, sambutan Hari Guru & Kaamatan juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. Semoga dengan usaha ini murid dapat menambah pengalaman dan mendidik jiwa mereka menjadi insan yang cemerlang dan berperibadi mulia.

Ikrar Hari Guru dan koir guru

Penyampaian anugerah guru oleh Pn. Umay @ Sitiarah Bt Mamalempeng, AJK PIBG

Ucapan alu-aluan Pn. Halija Bt Hj. Jonggang, pengetua SMKTTF

Persembahan tarian oleh murid

Penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang permainan Kaamatan

Persembahan tarian murid PPKI yang diketuai oleh Pn Lidianah, Pembantu Pengurusan Murid

Aktiviti permainan Kaamatan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply