Karnival Bulan Bahasa SMK Taman Tun Fuad Tahun 2024

Karnival Bulan Bahasa SMK Taman Tun Fuad Tahun 2024

3 Mei 2024 – Karnival Bahasa peringkat sekolah telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada hari ini dengan wajah-wajah keriangan khususnya buat para peserta yang menang dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan. Karnival ini merupakan anjuran bersama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris aliran perdana dan PPKI dengan kerjasama Pusat Sumber Darul Hikmah SMK Taman Tun Fuad. Karnival ini telah memaparkan satu pendekatan dalam usaha mencungkil bakat dan kreativiti para peserta dengan variasi pertandingan yang disediakan. Karnival ini bukan sahaja menjadi platfom untuk membina keyakinan diri malah meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid. Selain itu, karnival bahasa ini merupakan usaha menjalin kerjasama utuh dengan pusat sumber sekolah dalam menyalurkan ilmu pengetahuan. Justeru, minat membaca melalui program Nilam dalam kalangan murid dapat ditingkatkan. Karnival ini juga dilaksanakan selaras dengan dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris di samping menerapkan serta membudayakan unsur KBAT dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan. Tempoh perlaksanaan karnival bahasa peringkat sekolah ini adalah selama dua minggu bermula 22 April 2024. Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 daripada aliran perdana dan PPKI merupakan sasaran bagi karnival tersebut. Intihannya, Karnival Bahasa SMK Taman Tun Fuad tahun 2024 dapat memberikan banyak manfaat kepada murid-murid perdana dan PPKI untuk berdaya saing dan berkreativiti dalam mencapai potensi diri.

Barisan Pentadbir Dan Guru-Guru Bidang Bahasa Usai Majlis Perasmian Karnival Bahasa 2024

Majlis Perasmian Karnival Bahasa yang disempurnakan oleh Pengetua, Puan Halija binti Hj. Jonggang

Ucapan perasmian dan tanda tangan Puan Pengetua pada papan iklan Karnival Bahasa

Pertandingan Scrabble daripada Panitia Bahasa Inggeris

Pertandingan Poetry Recitation daripada Panitia Bahasa Inggeris

Pertandingan Public Speaking daripada Panitia Bahasa Inggeris

Pertandingan Bahas Ala Parlimen daripada Panitia Bahasa Melayu

Pertandingan Pidato daripada Panitia Bahasa Melayu

Pertandingan Resensi Buku daripada Panitia Bahasa Melayu

Pertandingan Forum Remaja daripada Panitia Bahasa Melayu

Pertandingan Balas Pantun daripada Panitia Bahasa Melayu

Pertandingan Poem Recital daripada Panitia Bahasa PPKI

Pertandingan Deklamasi Sajak daripada Panitia Bahasa PPKI

Pertandingan Make It Sense daripada Panitia Bahasa PPKI

Pertandingan Teka Maksud Peribahasa daripada Panitia Bahasa PPKI

Ucapan Penangguhan Karnival Bahasa daripada Puan Pengetua dan Puan Susie selaku Ketua Bidang Bahasa serta bacaan doa

Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada Para Pemenang

Majlis Penutupan Karnival Bahasa : Persembahan Pelajar seperti Deklamasi Sajak dan Public Speaking

Sesi fotografi guru-guru dan pelajar-pelajar bersempena Karnival Bahasa dan Penyampaian Cenderahati kepada para pentabir

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply