ALAMAK! ST.JAMES RAYA LAGI~

ALAMAK! ST.JAMES RAYA LAGI~

Sungguh cantik si rama-rama,

Hinggap seekor di depan mata,

Kini Syawal telah menjelma,

Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

 

Baju baru berwarna-warni,

Kegembiraan jelas terpancar dari hati,

Mari kita merayakan Aidilfitri,

Moga silaturrahim terjalin kembali.

 

Dengan izin dan keberkahan Allah S.A.W. ,Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK (C) St. James Kota Kinabalu telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 26 April 2024 bertempat di kantin baharu sekolah.

 

Tujuan utama majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim dan secara tidak langsung memupuk semangat perpaduan yang berbilang kaum dan agama antara warga sekolah.

 

Pelbagai juadah dan aktiviti menarik telah dijalankan untuk memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Raya Adilfitri pada tahun ini. Suasana Hari Raya peringkat sekolah ini, diserikan lagi dengan Pertandingan Busana terbaik.

 

Pemberian duit raya juga adalah antara acara yang paling dinanti-nantikan oleh murid. Guru-guru, AKP serta Ahli Pembimbing Rakan Sebaya turut dijemput untuk menikmati hidangan .

 

 

Semoga aktiviti mulia seperti ini  akan diteruskan untuk tahun hadapan juga.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply