Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik telah membuka tirai sesi persekolahan 2024/2025.Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak sekolah dalam program minggu pertama ini.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti seni kreatif, permainan dalam kelas, permainan minda dan serlahkan potensi murid secara santai dan seronok telah mewujudkan suasana persekitaran yang ceria semasa program minggu pertama ini .
Tambahan pula, aktiviti seperti tayangan video berunsur moral, senaman Zumba, ceramah pengurusan diri dan gotong-royong dalam kelas juga memberi impak yang positif kepada program ini.
Aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah secara tidak langsung telah menerapkan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani,sosial dan intelek bagi pengisian adab dan akhlak kepada murid-murid yang dicintai.
Teruskan melangkah ke hadapan,warga St.James!