Sekolah Jenis Kebangsaan Cina St. James (SJKC ST. JAMES) telah memenangi Juara Keseluruhan dalam Kejohanan Wushu Negeri Sabah 2023 yang berlangsung pada 27 Ogos 2023 di Dewan SJKC St JAMES, Kota Kinabalu. Kejohanan tahunan ini telah menarik penyertaan daripada murid-murid wushu terbaik dari sekolah-sekolah lain negeri Sabah.
Pasukan wushu SJKC ST. JAMES, yang terdiri daripada murid-murid berbakat dalam seni mempertahankan diri ini telah berjaya memenangi pelbagai pingat emas, perak, gangsa dan tempat keempat dalam pelbagai disiplin wushu seperti Nanquan dan Gunshu.
Usaha keras murid-murid telah membuahkan hasil dan berharap mereka akan terus bersinar dalam masa hadapan.