Sambutan Perayaan Kuih Bulan SJK( C ) St.James 2023

Sambutan Perayaan Kuih Bulan SJK( C ) St.James 2023

Perayaan pertengahan musim luruh atau lebih dikenali sebagai perayaan kuih bulan disambut pada hari ke-15 bulan Ogos pada kalendar Cina setiap tahun. Maka, SJK(C) St.James juga tidak melepaskan peluang ini untuk meraikan perayaan ini pada 27 September 2023 ( Rabu).

 

Perayaan tahun ini diraikan dengan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah. Antaranya ialah pertandingan deklamasi sajak cina yang mendapat sambutan hangat dari murid-murid tahun 1 hingga 6. Murid-murid juga dihiburkan dengan persembahan wushu dan juga seloka. Perayaan ini juga diwarnai dengan pertandingan tanglung. Aktiviti membuat kraftangan menggunakan kertas warna di dalam kelas juga diselitkan dalam perayaan ini.

 

Yang paling dinanti-nantikan oleh murid-murid adalah waktu rehat. Sedikit perbezaan waktu rehat kali ini, murid-murid menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang dibawa dari rumah untuk dikongsi dan dijamu bersama-sama.

 

Senyuman yang terukir dari muka murid-murid telah membuktikan kejayaan perayaan ini. Diharapkan aktiviti ini memanfaatkan murid-murid SJKC St.James agar dapat mempelajari dan menghayati kebudayaan cina secara lebih mendalam.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply