Pihak sekolah SJK( C) St.James telah mengadakan hari bertemu ibu bapa pada 23 September 2023 bersamaan hari Sabtu.
Pada hari tersebut, guru-guru berkongsi pendapat dan masalah yang dihadapi anak-anak dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada ibu bapa. Tambahan pula, program ini juga memberi peluang kepada guru dan ibu bapa melibatkan diri dalam membentuk proses kemenjadian anak mereka.
Hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelbagai vendor makanan. Terdapat juga kaunter informasi (IT) dan Dron yang mendapat sambutan hangat daripada murid-murid. Aktiviti yang dijalankan menjadi lebih bermakna dengan adanya kaunter ‘Trash for love’ dan ‘book recycle’.