26 Januari 2023 – Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kurikulum telah melaksanakan Program Motivasi Pecutan Akhir Peringkat SMK Taman Tun Fuad. Program ini dilaksanakan secara berfokus iaitu kepada 29 orang murid tingkatan 5 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM.
Program Motivasi Pecutan Akhir telah dirasmikan oleh Pn. Halija Hj. Jonggang selaku Pengetua SMK Taman Tun Fuad . Program ini melibatkan semua pentadbir bersama murid cemerlang kelas 5 Amanah seramai 10 orang, murid cemerlang 5 Bestari seramai 10 orang, murid cemerlang 5 Cekap seramai 3 orang, murid cemerlang 5 Dinamik seramai 3 orang dan murid cemerlang 5 Efektif seramai 3 orang.
Program seumpama ini merupakan program yang laksanakan pada minggu akhir persekolahan menjelang peperiksaan SPM.Pengisian program ini berfokus kepada merealisasikan konsep Guru Penyayang. Selain itu mengenengahkan satu daripada 6 aspirasi pelajar iaitu etika dan kerohanian. Program ini diharap dapat meningkatkan tahap motivasi dan konsentrasi para pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM. Selain itu, program ini merupakan ruang yang dapat menzahirkan penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dan konsisten menunjukkan sikap terpuji . Akhirnya melalui pelaksanaan program ini , dapat mengaplikasikan KBAT dalam aktiviti yang melibatkan murid dan barisan pentadbir.
Pengisian program ini ialah perkongsian aspirasi dan hasrat Puan Pengetua terhadap murid terlibat yang diandaikan sebagai ‘cream of creamer ’ di kalangan rakan-rakan tingkatan 5 yang lain. Kemuncak program adalah penyampaian anugerah berupa wang yang disempurnakan oleh Pn Halija Haji Jonggang dengan diiringi oleh semua barisan pentadbir sekolah. Mereka diberikan sumbangan berupa wang, sebagai dorongan untuk terus cemerlang. Pada akhir sesi program murid berpeluang melontarkan aspirasi dan harapan mereka dalam peperiksaan SPM kelak. Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan lagi iltizam murid untuk terus cemerlang dalam peperiksaan SPM.