Majlis Restu Ilmu Pelajar SPM Tahun 2022 @ SMK Taman Tun Fuad

Majlis  Restu Ilmu Pelajar SPM Tahun 2022 @ SMK Taman Tun Fuad

27 Januari 2023 – Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Majlis Restu Ilmu Peringkat SMK Taman Tun Fuad. Program ini dilaksanakan selepas aktiviti solat hajat perdana. Majlis Restu Ilmu SPM telah dirasmikan oleh Pn. Halija Hj. Jonggang selaku Pengetua SMK Taman Tun Fuad . Program ini melibatkan semua murid yang bakal menempuh peperiksaan SPM pada tahun 2022 bersama pentadbir dan semua guru.

Majlis sambutan seumpama ini merupakan program yang laksanakan pada setiap tahun . Program ini biasanya dilaksanakan pada hari terakhir persekolahan  menjelang peperiksaan SPM.

Pengisian program ini berfokus kepada merealisasikan konsep Guru Penyayang. Selain itu  mengenengahkan satu daripada 6 aspirasi pelajar iaitu  etika dan kerohanian. Program ini diharap dapat meningkatkan tahap motivasi dan konsentrasi  para pelajar untuk menduduki peperiksaan  SPM. Selain itu,  program ini merupakan ruang yang dapat menzahirkan penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dan konsisten menunjukkan sikap terpuji atau banyak berjasa kepada sekolah. Akhirnya , melalui pelaksanaan program ini , dapat mengaplikasikan  KBAT dalam aktiviti yang melibatkan murid , guru serta ibubapa.

Program ini dilancarkan oleh pengetua SMK Taman Tun Fuad Puan Halija binti Hj Jonggang. Antara pengisiannya ialah perkongsian koleksi ucapan dan doa daripada warga guru serta tayangan koleksi kejayaan alumni sekolah yang disediakan oleh  YEA sekolah dan unit multimedia. Kemuncak program adalah penyampaian anugerah murid komited SPM 2022 kepada sepuluh orang murid cemerlang dari segi akademik,disiplin dan sahsiah. Mereka menerima sijil dan wang sebagai dorongan untuk terus cemerlang.

Pada akhir sesi program murid dibekalkan dengan alat tulis sebagai buah tangan untuk persediaan menduduki peperiksaan kelak. Perarakan bersurai murid-murid diiringi dengan acara bersalam-salaman dengan guru sebagai tanda mohon restu atas segala ilmu yang disampaikan.  Sebelum bersurai murid-murid disantuni dengan jamuan yang istimewa sebagai meraikan mereka sebelum menduduki peperiksaan SPM.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply