Program hari ibu bapa SJK ( C ) St. James dan pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah dilaksanakan pada 14 Januari 2023( Sabtu).

Pada hari tersebut, guru-guru dapat berkongsi pendapat dan masalah yang dihadapi anak-anak dalam Pentaksiran Bilik Darjah kepada ibu bapa. Tambahan pula, program ini juga memberi peluang kepada guru dan ibu bapa melibatkan diri dalam membentuk proses kemenjadian anak mereka.

Manakala, pengagihan wang bantuan awal persekolahan juga disalurkan kepada semua murid pada hari tersebut. Daripada bantuan awal persekolahan ini, ibu bapa dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Program ini juga dijayakan dengan pembukaan kaunter bergerak dari Hong Leong Bank.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan kehadiran ibu bapa juga amat menggalakkan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan