11 Disember 2022 – Persatuan Pandu Puteri SMK Taman Tun Fuad telah menghantar 10 orang ahli Pandu Puteri dengan iringan Pn. Hajah Sudina @ Sulina Sonte selaku Ketua Guru Penasihat Persatuan Pandu Puteri Malaysia SMKTTF untuk  menyertai Perkhemahan Pandu Puteri Remaja dan Renjer Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kota Kinabalu dikelolakan oleh Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sabah Daerah Kota Kinabalu pada 9 hingga 11 Disember 2022 bertempat di Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malanggang Kiulu dengan harapan ahli-ahli Pandu Puteri dapat membina sifat kepimpinan dan menguasai kemahiran yang berguna untuk membimbing ahli-ahli Pandu Puteri SMK Taman Tun Fuad di peringkat sekolah.  Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan bilangan penglibatan dan pencapaian murid di peringkat negeri dalam bidang unit beruniform, menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam aktiviti kepanduan, memberi pendedahan kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Dengan bangganya, pencapaian ahli Pandu Puteri dalam aktiviti Masakan Rimba, Gejet, dan Persembahan Malam Unggun Api sepanjang perkhemahan ini ialah Cherllynmichelle Marinus (Kumpulan Bombshell) telah mendapat tempat kelima, Cheryl Clarissa Stanley J.Oyunini dan Davina Rayner (Kumpulan Dior) telah mendapat tempat keempat, Felicia binti SiAmir dan Audrey Anik (Kumpulan Signorina) telah menduduki tempat ketiga, Alina binti Moukin, Olivia Gisale Chong Zi Xuan dan Charlize Cruz Jerry (Kumpulan Gucci) telah mendapat Naib Johan manakala Chleryna Chlie Yasan dan Cindy Zenobius (Kumpulan Lancome) telah muncul sebagai Johan.  Tambahan pula, Audrey Anik (Kumpulan Signorina) telah berjaya mendapat anugerah Peserta Terbaik Pandu Puteri Renjer dalam perkhemahan ini.  Tahniah dan syabas atas kejayaan semua!

 

 

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan