Gotong-Royong Perdana, Program 3K Peringkat SK Stella Maris 2022

Gotong-Royong Perdana, Program 3K Peringkat SK Stella Maris 2022

24 September 2022 – ‘Program Gotong-Royong Perdana 3K’ telah diadakan di SK Stella Maris, Tanjung Aru. Program ini diketuai oleh seorang guru yang bernama En. Samuel Santaim. Program ini telah diadakan bermula dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.  Seramai 46 orang ibu bapa, 17 anggota DBKK dan juga 2 orang IPDKK PPS  telah menolong menjayakan program ini. Seramai 90 orang murid turut datang untuk bergotong-royong bersama-sama.

          Program yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri Sabah ini diadakan bertujuan :

1. Membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan warganya.

2. Memastikan kawasan sekolah bebas dari nyamuk. (Fogging dijalankan pada pukul 6:00am)

3. Menjalinkan permuafakatan antara ibu bapa, guru dan murid.

4. Memupuk sifat suka kepada kebersihan dalam diri sendiri.

 

Sebelum Gotong-royong dimulakan, fogging (semburan asap) dilakukan oleh DBKK pada jam 6.00 pagi. Seramai 17 orang anggota DBKK juga terlibat dengan kerja-kerja membersihkan sisa pokok dan diangkut menggunakan lori DBKK.

7:50 pagi – Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, En. James Johnny dan En. Robert Lipon  selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Ibu bapa dan murid-murid turut membawa banyak alatan seperti cangkul, pisau, parang, penyapu, mop, baldi, bahan pencuci dan kain lap untuk membersihkan kawasan sekolah.

En. Mohammed Tonarusli Tonamli selaku AJK PIBG (Biro Pembangunan/Prasarana) juga banyak membantu dalam membaik pulih sekolah. Beliau menolong membaik pulih tandas sekolah, menukar tombol pintu yang rosak di setiap kelas, menambah jam dinding di setiap kelas selepas waktu tengahari.

          Program ini telah memberikan impak yang sangat baik dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti kebersihan sekolah. Semoga aktiviti yang dilaksanakan ini dapat melestarikan amalan kebersihan bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan warganya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply