GOTONG-ROYONG PERDANA PROGRAM 3K PERINGKAT SMK TAMAN TUN FUAD 2022

GOTONG-ROYONG PERDANA PROGRAM 3K PERINGKAT SMK TAMAN TUN FUAD 2022

24 September 2022 – ‘Program Gotong-Royong Perdana 3K’ telah diadakan di SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu. Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Unit 3K dan Unit Serasi SMK Taman Tun Fuad. Program ini telah diadakan bermula dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini merupakan kerjasama antara unit SERASI, PIBG dan DBKK . Antara tetamu yang turut hadir dalam menjayakan program ini ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Tun Fuad, Pn. Aryani binti Ahmad dan barisan AJK tertinggi PIBG serta beberapa orang wakil daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu iaitu En. Richaed Binjinos (Jabatan Landskap), En. Mohd Alqushaire Ruslie (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal) dan En. Jainis Seking Jalani (Jabatan Penguatkuasa).

          Program yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri Sabah ini diadakan bertujuan membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan warganya. Antara tujuan lain aktiviti gotong-royong ini diadakan adalah bagi mengatasi masalah banjir kilat dan kesesakan laluan lalu lintas yang sering berlaku di kawasan sekolah. 

          Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMK Taman Tun Fuad, Puan Halija binti Hj Jonggang dan Pn. Aryani binti Ahmad  selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Selain daripada aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, acara cabutan bertuah juga turut diadakan pada hari tersebut.

          Program ini telah memberikan impak yang sangat baik dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti kebersihan sekolah. Semoga aktiviti yang dilaksanakan ini dapat melestarikan amalan kebersihan bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan warganya.

 

 

Ucapan alu-aluan oleh Puan Pengetua SMK Taman Tun Fuad, Puan Halija binti Hj Jonggang dan Pn. Aryani binti Ahmad selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Tun Fuad.

 

 

 

 

 

 

Membersihkan kawasan parking bersebelahan bangunan PPKI

 

 

 

 

 

 

 

Membersihkan kawasan tanah sekolah bersebelahan padang

 

 

 

 

 

Membersihkan kawasan padang Petanque

 

 

 

 

 

 

 

 

Hadiah disampaikan oleh Puan Pengetua SMK Taman Tun Fuad, Puan Halija binti Hj Jonggang semasa acara cabutan bertuah

 

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply