Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah SMK Taman Tun Fuad Tahun 2022

Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah SMK Taman Tun Fuad Tahun 2022

15 September 2022 – Sambutan Majlis Penutupan Hari Malaysia Peringkat SMK Taman Tun Fuad diadakan. Program ini bertemakan  ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dan  dirasmikan oleh Tuan Kassim bin Wiro wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Antara tetamu yang turut hadir menjayakan program ini adalah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Tun Fuad Pn. Aryani binti Ahmad serta barisan AJK tertinggi PIBG.

Majlis sambutan seumpama ini merupakn program yang laksanakan pada setiap tahun . Aktiviti program kemerdekaan ini berlangsung sepanjang bulan ogos dan berakhir pada 16 September. Pengisian program berfokus kepada memgukuhkan rasa cinta terhadap negara dan memperingati jasa para pejuang kemerdekaan negara. Selain itu,  program ini juga bertujuan  memupuk semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan warga SMK Taman Tun Fuad dengan menampilkan bakat dan ketrampilan murid melalui amalan KBAT.

Program ini dimulakan dengan Pelancaran Program Sambutan Hari Malaysia pada 15 ogos 2022 yang dilancarkan oleh pengetua SMK Taman Tun Fuad Puan Halija binti Hj Jonggang. Antara aktiviti yang dipertandingkan sepanjang bulan kemerdekaan tersebut ialah Pertandingan Kelas Keluarga Malaysia, Pertandingan Pameran PBL, Pertandingan Tik Tok Kemerdekaan, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Ceramah Kemerdekaan dan diakhiri dengan majlis penutupannya pada hari ini.  Para pemenang pertandingan dianugerahkan pelbagai bentuk hadiah seperti hamper, wang dan sijil. 

Program ini memberi impak yang sangat baik terutamanya dari segi membudayakan KBAT dalam aktiviti dan pertandingan yang murid ikuti. Semoga aktiviti yang dilaksanakan dapat melestarikan tema program ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

 

     

   

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply