Perayaan pertengahan musim luruh atau lebih dikenali sebagai perayaan kuih bulan telah diraikan pada 2 September 2022 ( Jumaat) di SJKC St.James.  Perayaan ini disambut dengan kerjasama daripada pihak Persatuan Ibu Bapa SJKC St.James(PIBG) dan juga daripada sembilan orang guru pelatih  dari Maktab Gaya.

Pesta ini dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk murid-murid  seperti Pertandingan  Teka- teki dan Pertandingan Mewarna. Senyuman yang terukir dari muka murid-murid telah membuktikan kejayaan pesta ini walaupun sambutan pesta ini agak sederhana.  Semoga aktiviti ini akan berterusan untuk memanfaatkan warga SJKC St.James!

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan