25 Ogos 2022 – Program Kembara Pendidikan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu dijalankan di SMK Taman Tun Fuad selaras dengan pelancaran Program Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini. Antara objektif program ini ialah untuk menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan yang selamat, menjadikan sekolah sebagai institusi untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, disiplin serta sahsiah. Dalam hal ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengenalpasti pelajar yang terlibat, berpotensi atau berisiko dengan jenayah buli dan dadah. Program dihadiri oleh ACP Mohd Zaidi Bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Tuan Suhaimi Bin Matsah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, DSP Lee Nyuk Kim, Ketua Bahagian Jenayah dan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, DSP Rosnah Bt Awang Damit, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, En. Mohd Aizan Ermando, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Murid, Ketua-ketua Bahagian dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Pegawai Perhubungan Sekolah, Pentadbir, guru-guru serta murid-murid SMK Taman Tun Fuad. Antara pengisian program ialah pemeriksaan perbarisan Kadet Polis, taklimat pengenalan Program Kembara Pendidikan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, persembahan seni mempertahankan diri, perasmian Kempen Anti Buli dan Diskusi Keselamatan bersama pentadbir dan guru.
Pemeriksaan Perbarisan Kadet Polis
Ucapan dan taklimat program daripada ACP Mohd Zaidi Bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu
Gimik Pelancaran Kempen Anti Buli
Demonstrasi seni mempertahankan diri
Barisan Pengurusan SMKTTF bersama Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu serta rombongan, Pegawai Pendidikan Daerah dan Pen.Pegawai PPD, Sektor Pengurusan Murid
Diskusi Keselamatan bersama guru dan pentadbir sekolah