9 Ogos 2022- Saluran khusus TV pendidikan atau lebih dikenali DidikTV KPM merupakan satu platform untuk memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi.
Maka, SJKC St.James juga tidak melepaskan peluang ini untuk muncul di kaca TV sekali lagi di DidikTV@NT7. Kali ini, rancangan yang akan disiarkan ialah Tahap II: Bahasa Inggeris (Tahun 6)-Getting Around. Pengacara ialah Cikgu Anjana Preme. Guru pembimbing dari SJKC St .James terdiri daripada Cikgu Cindy Chong dan Cikgu Evelyn Liew. Murid yang terlibat dalam menjayakan rancangan ini ialah Bella Jauw Xuan Nee dan Elaine Chong Yee Shuen.
Ayuh, mari kita tonton rancangan ini bersama-sama pada pukul 2.30 petang pada hari ini di NTV7!