21 Julai 2022- Suresh Kumar A/L Maruthamuthu seorang warga pendidik dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah meraih anugerah emas dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan 2022 (KOLOPEM BM) yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama IPG Kampus Tun Hussein Onn dan IPG Kampus Gaya.
Selari dengan tema KOLOPEM BM “Pemantapan Penyelidikan Bahasa Melayu dan Inovasi Peneraju Kecemerlangan Pendidikan” kejayaan yang diraih ini menjadi pendorong kepada panitia bahasa Melayu SMK Bandaraya Kota Kinabalu untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan dan inovasi Bahasa Melayu bagi meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan murid.
Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Rohani Binti Ramlee turut memuji kemenangan ini dan meminta warga pendidik meneruskan inovasi ke peringkat antarabangsa bagi menjana lebih banyak idea kreatif dan inovatif.