Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Taman Tun Fuad 2022 Kali Ke-22

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Taman Tun Fuad 2022 Kali Ke-22

28 Julai 2022 – Majlis Anugerah Kecemerlangan merupakan hari kemuncak bagi meraikan dan menghargai kejayaan para pelajar yang berjaya mencipta kecemerlangan di sekolah dalam bidang kurikulum. Pihak sekolah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Warga SMKTTF  ke-22 tahun ini dengan bertemakan ‘Apresiasi Melestari Kecemrlangan’.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah sektor perancangan Kota Kinabalu, Encik Kasim @ Kassim Wiro. Antara pengisian majlis adalah penyampaian Anugerah Kurikulum Peperiksaan Dalaman, Anugerah Murid Terbaik Tingkatan 2, 3 dan 4, Anugerah Khas PPKI, Anugerah Kurikulum SPM 2021 dan Anugerah Khas. Adalah diharapkan melalui sambutan hari yang bersejarah ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada para murid dan warga sekolah untuk bersama-sama berusaha lebih gigih untuk melakar kejayaan yang cemerlang.

Pamplet Atur Cara: https://anyflip.com/shby/hfgt/

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply