17 JUN 2022 – Sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan merupakan sambutan-sambutan yang diadakan setiap tahun bagi meraikan guru-guru yang banyak berjasa dalam bidang Pendidikan serta meraikan sambutan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut di Sabah selepas musim menuai untuk semangat padi. Oleh itu, SMK Taman Tun Fuad telah mengadakan majlis Sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara guru-guru, PIBG serta seluruh warga sekolah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua, Puan Halija Binti Haji Jonggang dan seterusnya majlis dirasmikan oleh Tuan Kassim Bin Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah. Pelbagai acara menarik telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana majlis hari ini seperti Ikrar Guru dan nyanyian koir “Guru Malaysia”, persembahan nyanyian dan tarian daripada wakil murid-murid, penyampaian anugerah guru dan lain-lain. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Kassim Bin Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan Puan Aryanie Binti Arshad  selaku YDP PIBG yang sudi hadir bersama warga SMK Taman Tun Fuad untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

 


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder