25 Mei 2022 – Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) merupakan pentaksiran yang direka bentuk khusus untuk murid berkeperluan khas.  PASM ini juga mmpunyai tujuan istimewa, iaitu untuk mengesan kebolehan (tapping into abilities) murid.  Pentaksiran ini telah mengaplikasikan model ERRA (Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement) dan membawa ciri-ciri pentaksiran formal yang holistik, bersepadu dan berpusatkan murid.  Tambahan lagi, pentaksiran ini juga menggunakan EBAI (Environment Based Assessment Instrument) merangkumi kepelbagaian dari segi pentaksir, instrumen dan reaksi yang dapat direkodkan sebagai evidens kepada kebolehan murid berkeperluan khas ini.  Oleh itu, SMK Taman Tun Fuad telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kaamatan PPKI yang bertujuan untuk menjalankan pentaksiran ini. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Zoriffah Binti Hj. Mohd Kudin dan Ustazah Sarina Sabli, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Khas yang sudi hadir bersama warga SMK Taman Tun Fuad untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder