Majlis Khatam Al-Quran @ SMK Taman Tun Fuad

Majlis Khatam Al-Quran @ SMK Taman Tun Fuad

26 April 2022 – Khatam al-Quran merupakan suatu aktiviti keagamaan yang perlu dilakukan bagi seseorang Muslim. Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca untuk mendapatkan pahala malah al-Quran juga perlu difahami dan ditadbur akan isinya.  Oleh itu, SMK Taman Tun Fuad telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran yang merupakan manifestasi daripada program-program j-QAF yang sewajarnya dilaksanakan pada setiap tahun persekolahan di Malaysia. Justeru itu, majlis seumpama ini diharapkan akan melahirkan kecintaan murid-murid terhadap al-Quran dan juga mencungkil bakat bacaan al-Quran dalam kalangan murid.  Di samping itu, pihak pentadbir sekolah juga telah menyampaikan sijil penghargaan dan duit raya kepada peserta khatam al-Quran, serta peserta terbaik lelaki dan perempuan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply