21 April 2022 – Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.  Melalui Program TS25, SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pameran yang berupaya mengaplikasikan amalan terbaik Project Based Learning (PBL) & Kefahaman Melalui Rekabentuk (KMR) dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP)selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.  Di samping penganjuran program ini, SMK Taman Tun Fuad juga telah mengadakan pelancaran program Jom Baca Bersama 10 Minit.

     Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir yang diketuai oleh Pn. Halija binti Hj. Jonggang selaku Puan Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Ketua Bidang, Ketua Panitia, guru-guru subjek dan AJK Pelaksana atas sokongan dalam Program Pameran PBL & KmR ini.  Penyertaan yang cukup memberangsangkan membuat pihak pentadbir teruja.  Tahniah juga kepada penyelaras program TS25 Pn. Mangit Kaur Karam Singh dan pembantunya Pn. Susie Ivangella @ Doivit atas usaha untuk menjayakan pameran ini.


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder