Pada 16 September 2021, 2 Pasukan murid SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya mendapat pingat Emas dan Perak dalam pertandingan International Innovation Creativity and Technology Exhibition 2021 anjuran University Malaysia Perlis dengan kerjasama KPM dan WIIPA. Kumpulan murid yang diketuai oleh Shihany Saffiyah, bersama Britney Cynthia Luis, Chelsea Selvi, Enzo Tristan dan Jerom Pawista ini berjaya mendapat pingat Emas sekaligus guru Mentor mereka iaitu Cikgu Nadia Richard juga diberikan penghargaan Gold Award Mentor Award. 1 kumpulan lagi di bawah bimbingan cikgu Hanita Ladjaharun juga telah mendapat 2 pingat Perak dan guru pembimbing diberi penghargaan Platinum Award Mentor Award.
Pengetua, puan Rohani Hj Ramlee menyatakan perasaan syukur dan berharap usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sepakat Cemerlang
KeranaMU
Biar Setitik Berkocak
Biar Setapak Bergerak