Pada 31 Oktober 2021, 1 Pasukan murid SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya mendapat pingat Emas dan sekaligus dalam pertandingan International Virtual Expo of Innovation Product & System Design 2021 ( In-ViDE 2021) anjuran Faculty of Electrical Engineering Technology, UniMAP, Malaysian Innovation Foundation (YIM), Malaysia National Planetarium dengan kerjasama Sri Ramakrishna Institute of Technoloy (SRIT), Tamil Nadu, India. Kumpulan murid yang diketuai oleh Shihany Saffiyah, bersama Britney Cynthia Luis, Chelsea Selvi, Enzo Tristan Ramdas dan Jerom Pawista ini berjaya mendapat pingat Emas sekaligus membawa pulang MOST CREATIVE CATEGORIAL BEST INNOVATION AWARD, dan SPECIAL AWARD dari Sri Ramakrishna Institute of Technoloy (SRIT), Tamil Nadu, India. Kumpulan ini juga menerima sijil, plak, dan Robotic Kit yang ditaja oleh Malaysia National Planetarium. Pengetua, puan Rohani Hj Ramlee berharap agar lebih ramai lagi guru dan murid mencipta produk inovasi berkualiti tinggi dan berupaya menjadi warga sekolah yang berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sepakat Cemerlang

KeranaMU
Biar Setitik Berkocak
Biar Setapak Bergerak

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan