TAEKWONDO KUALA LUMPUR INTERNATIONAL ONLINE CHAMPIONSHIP 2021

 

Anjuran : Taekwondo Kuala Lumpur Club
Tarikh : 23 Mei – 23 Jun 2021
Tempat : Online / Pusat Latihan Jesselton Taekwondo Club
Guru Pengiring : Pn. Masnah Othman dan Pn. Masyati Mohd Yassin
Jurulatih : Coach Liew Chee Ming
Peringkat : Antarabangsa
Nama atlet dan pencapaian : 2 emas, 2 perak, 1 gangsa

Seramai 5 orang murid SK Stella Maris (M) telah mengikuti Taekwondo Kuala Lumpur International Online Championship 2021, satu pertandingan taekwondo secara atas talian, di bawah Jesselton Taekwondo Club. Pertandingan ini disertai oleh kelab taekwondo di seluruh negara dan turut disertai oleh atlet dari negara Brunei, Korea Selatan, Indonesia, Kamboja, India, Vietnam dan Singapura. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Poomsae dan Speed Kick. Setiap kategori ini, dipecahkan lagi mengikut umur dan gred (tali pinggang) serta mengikut berat untuk Speed Kick. Murid-murid ini telah membuat rakaman video di Pusat Latihan Jesselton Taekwondo Club bermula 23 Mei 2021 sehingga 23 Jun 2021. Video ini dimuatnaik di facebook dan keputusan penuh kejohanan ini telah diumum pada 30 Julai 2021 pada pautan berikut.

 

https://www.facebook.com/TaekwondoKL/

Berikut ialah senarai nama dan pencapaian atlet yang terlibat.

Please follow and like us:

Leave a Reply