SMK Bandaraya Kota Kinabalu membawa 2 pingat EMAS melalui Program Singgahmata Peringkat Kebangsaan

SMK Bandaraya Kota Kinabalu membawa 2 pingat EMAS melalui Program Singgahmata Peringkat Kebangsaan

Pada 9 hingga 10 Jun 2021 telah berlangsung Program Webinar Singgahmata anjuran Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (PTIPS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah secara dalam talian. SMK Bandaraya Kota Kinabalu yang diwakili oleh Cikgu Nadia Richard dan Cikgu Roselen Sindeh telah berjaya membentangkan inovasi mereka bertajuk Model Arterivena dan Ress-span. Kedua-dua inovasi ini telah diberikan pengiktirafan Anugerah PINGAT EMAS dalam Pertandingan Inovasi yang dijalankan. Puan Rohani Hj Ramlee, Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, mengucapkan tahniah dan berharap agar lebih banyak lagi warga sekolah turut mengambil bahagian membangunkan inovasi dan tidak berputus asa meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Semoga kejayaan ini juga memberi inspirasi kepada semua warga guru dan murid.

Sepakat Cemerlang

KeranaMu
Biar Setitik Berkocak
Biar Setapak Bergerak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply