Tiga Guru STEM SMK Bandaraya Kota Kinabalu mendapat Anugerah Perak dalam Kolokium PdPc STEM Kebangsaan

Tiga Guru STEM SMK Bandaraya Kota Kinabalu mendapat Anugerah Perak dalam Kolokium PdPc STEM Kebangsaan

Pada 6-8 April yang lalu, 3 orang guru STEM SMK Bandaraya Kota KInabalu telah membentangkan kajian tindakan mereka yang bertajuk “Pelbagai Aplikasi Teknologi membantu Kelab STEM terus melangkah ke hadapan bagi mengadaptasi dalam Pandemik Covid-19”. Perkongsian tentang amalan terbaik Kelab STEM untuk terus maju menghadapi pelbagai cabaran dalam pandemik covid-19 ini telah berjaya menarik minat juri. Juri juga mengucapkan syabas dan tahniah dan berharap lebih ramai guru dan sekolah juga mengambil inisiatif yang sama dalam menghadapi cabaran yang dihadapi pada masa kini. Murid-murid Kelab STEM SMK Bandaraya Kota Kinabalu terus melakar nama dan tidak ingin ketinggalan terutamanya dalam ilmu STEM tidak terus menunggu dan mengambil inisiatif untuk meneruskan projek STEM mereka. Puan Rohani hj Ramlee mengucapkan syabas dan tahniah kepada cikgu Nadia Richard, Cikgu Kong Ching Ling dan cikgu Ahmad Rizal bin Romli atas inisiatif memperkasakan STEM melalui Kokurikulum di bawah naungan Tuan Ramlal Kansa Ramdas PK Kokurikulum SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Pengetua juga berharap agar lebih banyak guru dan murid terus mengambil inisiatif sepanjang tempoh pandemik ini demi meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah.

Sepakat Cemerlang

KeranaMu
Biar Setitik Berkocak
Biar Setapak Bergerak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply