SMK Bandaraya Kota Kinabalu membawa pulang 3 Anugerah dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Pertandingan Inovasi Pendidikan 2021 ( NCERiC 2021 )

SMK Bandaraya Kota Kinabalu membawa pulang 3 Anugerah dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Pertandingan Inovasi Pendidikan 2021 ( NCERiC 2021 )

Dua kumpulan guru STEM dan 1 Kumpulan murid SMK Bandaraya Kota Kinabalu berjaya membawa pulang 3 anugerah di Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Pertandingan Inovasi Pendidikan 2021 ( NCERiC 2021 ) peringkat kebangsaan yang telah berlangsung secara maya dari 24 – 25 Mei. 2021.
Kumpulan guru Sains yang diketuai oleh Cikgu Nadia Richard dan rakan guru sains, Cikgu Kong Ching Ling, Cikgu Roselen Sindeh, Cikgu Zarina Nazori dan cikgu Roger Awang telah membawa pulang Anugerah EMAS menerusi Inovasi mereka bertajuk Model ArteriVena. Kumpulan guru Matematik juga membawa pulang Anugerah Perak menerusi inovasi mereka yang ditambahbaik iaitu Rotactor Gold. Kumpulan Matematik ini juga diketuai oleh Cikgu Nadia Richard, bersama rakan guru Matematik Cikgu Norallysham bin Stoh, Cikgu Mohd Yusuf bin Andres, Cikgu Jamu Jamari @ Sahiri dan CIkgu Anita Abd Hamid. Satu Kumpulan Murid tingkatan 3 yang diketuai oleh adik Shihany Saffiyah binti Mohd Thasleem Bersama rakannya, Enzo Tristan Ramdas dan Nazrul Ezani bin Zulkifli, juga telah mendapat Anugerah Gangsa menerusi Inovasi mereka yang ditambahbaik, Postox 2.0 dan dibimbing oleh cikgu Nadia Richard. Puan Rohani Hj Ramlee, Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, melahirkan rasa bangga dan sentiasa menggalakkan semua warga sekolah turut mengambil bahagian membangunkan inovasi dan tidak berputus asa meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Semoga kejayaan ini juga memberi inspirasi kepada semua warga guru dan murid.

Sepakat Cemerlang

KeranaMu
Biar Setitik Berkocak
Biar Setapak Bergerak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply