Tahniah kepada cikgu Nadia Richard dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu mewakili negeri Sabah berjaya terpilih TOP 30 #CikguJuaraDigital 2021!
Lebih daripada 180 penyertaan yang telah dihantar untuk #CikguJuaraDigital 2021 dan TOP30 telah diumumkan oleh pihak MDEC pada 11. Mei. 2021 melalui laman sesawang dan Facebook mereka. Pemenang Cikgu Juara Digital akan diumumkan pada Hari Guru 2021 16.Mei.2021 nanti.
Cikgu Nadia Richard merupakan guru aktif inovasi STEM dari tahun 2010 lagi telah banyak membimbing murid menyertai pertandingan dan program coding, robotik dan inovasi sehingga peringkat antarabangsa. Beliau juga kreatif dan inovatif dalam mengintegerasikan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di bilik darjah selain mengamalkan pembelajaran inkuiri. Beliau juga aktif bekerjasama dengan pihak luar seperti Petrosains, UMS, UiTM, Politeknik Kota Kinabalu, ILPKK dan lain-lain dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan STEM dikalangan murid- murid. Beliau menyatakan hasrat menyertai Cikgu Juara Digital ini adalah untuk meluaskan jalinan kerjasama, menimba ilmu dan mencari peluang bantuan untuk menaiktaraf Bilik Maker’s Hub di sekolah. Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Rohani binti Ramlee berharap lebih ramai guru SMK Bandaraya Kota Kinabalu dapat berinovasi dan sentiasa memberi nilai tambah kepada kemajuan diri. Beliau juga berhasrat untuk menjadi peneraju dan pendorong kuat ke arah tujuan ini. Namun walau apa pun yang dilakukan harus meletakkan tanggungjawab PdPC sebagai ‘core business’ utama.
Sepakat Cemerlang
KeranaMU
Biar setitik, berkocak
Biar setapak, bergerak
************************************************************************************
Jangan lupa mengikuti laman Facebook #mydigitalmaker untuk mengetahui siapakah Juara #CikguJuaraDigital 2021 yang akan diumumkan pada Hari Guru nanti!
sila layari https://mdec.my/mydigitalmaker/cikgu-juara-digital/ untuk mengetahui mengenai Kempen #CikguJuaraDigital💪
#MyDIGITAL #MyMDEC #SayaDigital
Malaysia Digital Economy Corporation Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM Institut Pendidikan Guru KPM -Rasmi Digital Classroom Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi MDEC Chairman Office