KeranaMu Biar Setitik Berkocak, Biar Setapak Bergerak. Atas semangat slogan ini murid-murid SMK Bandaraya Kota Kinabalu berjaya merangkul pingat Emas dan Gangsa dalam Pertandingan Malaysia Young Scientist s Conference & Exhibition 2021 peringkat Antarabangsa. 

Penyertaan dua kumpulan murid SMK Bandaraya Kota Kinabalu berjaya merangkul 1 pingat Emas dan 1 pingat Gangsa dalam Pertandingan Malaysia Young Scientist s Conference & Exhibition 2021 peringkat Antarabangsa yang diadakan secara atas talian pada 23 April 2021 yang lalu.

Rekacipta yang dinamakan Postox berjaya menarik minat juri dan melayakkan inovasi tersebut memenangi pingat Emas. Manakala rekacipta yang dinamakan No bacs box berjaya mendapat pingat gangsa.

Murid-murid yang terlibat adalah Shihany Saffiyah binti Thaslem, Jerom Pawista, Enzo Tristan Ramdas, Nazrul Ezani, Britney Cynthia Luis dan Chelsea Selvie. Mereka terdiri dari murid-murid tingkatan 3 dan 2 yang telah dibimbing oleh Cikgu Nadia Richard semenjak mereka tingkatan 1 lagi.

Usaha ini sesuai dengan aspirasi dalam PPPM 2013-2025 bagi melahirkan murid berfikir aras tinggi dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif. 

Di atas semangat ‘KeranaMu’ Pengetua Puan Rohani Binti Haji Ramlee sentiasa menjadi pendorong dan pemangkin kepada melahirkan minda kelas pertama dalam kalangan murid-murid dan guru-guru SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Beliau sentiasa mengingatkan agar warga sekolah mempunyai minda inovatif untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat antarabangsa sekaligus mendepani cabaran pengajaran dan pembelajaran abad IR4.0.

Sepakat Cemerlang

KeranaMu

Biar Setitik Berkocak

Biar Setapak Bergerak

Please follow and like us:

0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder