MAJLIS PELANCARAN E-KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN NORMA BAHARU SK TANJUNG ARU II

MAJLIS PELANCARAN E-KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN NORMA BAHARU SK TANJUNG ARU II

Pada 25 Mac 2021, Unit Kokurikulum SK Tanjung Aru II telah mengadakan Majlis Pelancaran e-Kejohanan Sukan Tahunan Peringkat Sekolah Secara Norma Baharu yang bertempat di bilik KOKUM. Antara aktiviti lain yang dilaksanakan pada hari tersebut ialah senamrobik 10 minit bagi murid tahun 6 Zamrud dan seterusnya semua murid akan membuat pengisian pendaftaran secara online bagi aktiviti Virtual Run 3.0.

Pendaftaran ini berlaku di kelas masing-masing yang di pantau oleh guru kelas. Virtual Run 3.0 untuk tahun 2021 ini terbuka kepada semua murid, guru-guru / AKP dan ibubapa. Setiap larian adalah mengikut kategori di bawah :

  • Kategori Tahap 1 : Larian Virtual Run 1.0 km
  • Kategori Tahap 2 : Larian Virtual Run 3.0 km
  • Kategori Guru-guru / AKP SKTA II  : Larian Virtual Run 3.0 km
  • Kategori Ibu Bapa : Larian Virtual Run 5.0 km

Acara Virtual Run 3.0 ini akan bermula dari 25 Mac 2021 sehingga 4 April 2021.

~ Hidup Sihat dengan Bersukan Hindari Covid-19~

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply