Bersyukur kepada Tuhan dengan izinNya, sekali lagi PERSATUAN SEJARAH SMK Bandaraya Kota Kinabalu dapat meraih kejayaan dalam Pertandingan Inovasi peringkat Antarabangsa. HANI TRUE MATCH DAN LENG-AT 2.0 meraih Anugerah Utama iaitu GRAND DOUBLE AWARD, 2 ANUGERAH DOUBLE GOLD AWARD dan 2 PINGAT EMAS dalam INTERNATIONAL MULTIDISCIPLINARY INNOVATION COMPETITION 2021
Pertandingan ini terbuka kepada pensyarah, guru, siswazah dan murid. Begitu membanggakan kerana anugerah utama iaitu GRAND DOUBLE AWARD telah dimenangi oleh murid-murid PERSATUAN SEJARAH SMK BANDARAYA KOTA KINABALU.
Antara murid yang terlibat ialah Clara Velna Luis, Michelle Chung, Amisha Elyana Binti Isnain dan Hani Witra vSari Binti Saripuddin. Seterusnya guru-guru pembimbing dan penaja ialah Hanita Binti Ladjaharun, Osman Bin Muamat, Suzanah Ahmad dan Chin Sui Yin dengan sokongan penuh daripada pengetua, Puan Rohani Ramlee.
Diharapkan kejayaan kali ini memberikan inspirasi dan menjadi semangat kepada semua warga pendidik untuk terus berkarya dalam dunia pendidikan.
Sepakat Cemerlang
keranaMu
Biar Setitik Berkocak
Biar Setapak Bergerak.