SPECIAL AWARDS & GOLD MEDAL IN ASIA INTERNATIONAL INNOVATION EXHIBITION AIINEX 2020

Bersyukur kepada Tuhan dengan izinNya, sekali lagi Kumpulan STEM Guru SMK Bandaraya Kota Kinabalu dapat meraih kejayaan dalam Pertandingan Inovasi peringkat Antarabangsa. ROTACTOR GOLD berjaya mendapat Pingat Emas dalam ASIA INTERNATIONAL INNOVATION EXHIBITION AIINEX 2020. 

Lebih membanggakan lagi adalah inovasi ini berjaya meletakkan SMK BANDARAYA KOTA KINABALU menjadi satu-satunya Sekolah Menengah di seluruh Malaysia dan secara tidak langsung mewakili Sabah sebagai 36 FINALIST GRAND PRIZE DAN SPECIAL AWARDS seiring dengan Universiti dan institusi yang lain. 

Syukur dan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur ASIA International Innovation Exhibition, Majlis Penyampaian hadiah yang gilang gemilang itu dirasmikan dan disampaikan oleh Menteri Besar Johor pada 11. Oktober. 2020 di Pulai Spring Resort Johor dapat disaksikan secara live di fb mereka. 

Walaupun pasukan ini tidak dapat menghadiri majlis berkenaan akibat arahan PKPB, ROTACTOR GOLD berjaya mendapat ANUGERAH KHAS (SPECIAL AWARDS) pada majlis tersebut. Guru-guru yang terlibat ialah Nadia Richard, Norallysham bin Stoh, Mohd Yusuf bin Andres, dengan sokongan penuh daripada pengetua, Puan Rohani Ramlee. 

Diharapkan kejayaan kali ini memberikan inspirasi dan menjadi semangat kepada semua warga pendidik untuk terus berkarya dalam dunia pendidikan.

Sepakat Cemerlang

KeranaMU

Biar Setitik; Berkocak

Biar Setapak; Bergerak

Please follow and like us:

Leave a Reply