Sekumpulan Guru STEM SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya mendapat PINGAT PERAK dan sekaligus membawa pulang wang TUNAI berjumlah RM750 dalam kategori STEM di Pertandingan Inovasi Peringkat ANTARABANGSA iaitu Pertandingan International Science Technology and Engineering Expo 2020 (iSTEEX 2020) anjuran UNIMAS dan KPM. Guru-guru yang terlibat ialah Nadia Richard, Norallysham bin Stoh, Mohd Yusuf bin Andres, dengan sokongan penuh daripada pengetua, Puan Rohani Ramlee. 

Selain itu juga, terdapat 2 penyertaan murid dalam kategori sekolah yang mendapat sijil penyertaan dalam pertandingan ini.  Murid yang terlibat ialah Verdy Ardin, Desmond Yong, Joel Joseph, Britney Cynthia Luis, Chelsea Selvie, dan Nur Arinah Farisha.

Ini adalah salah satu usaha SMK Bandaraya Kota Kinabalu untuk memperkasakan lagi pendidikan STEM di sekolah dan berharap agar lebih ramai lagi guru dan murid mengikut serta. Semoga menjadi inspirasi kepada semua warga pendidik. 

Sepakat Cemerlang

KeranaMU

Biar Setitik; Berkocak

Biar Setapak; Bergerak

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan