.
Pada hari terakhir persekolahan, 18hb Disember.2020, berlangsungnya sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang STEM Online Challenge Peringkat Sekolah SMK Bandaraya Kota Kinabalu Sabah . STEM Online Challenge peringkat sekolah telah diadakan dari 7.September.2020 – 7. Disember.2020 anjuran Panitia Matematik dengan kerjasama Kelab STEM. Salah satu objektif aktiviti ini adalah untuk mengenalpasti peserta untuk mewakili sekolah ke Pertandingan STEM di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang. Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Rohani Ramlee juga menyatakan hasrat beliau untuk memperkukuhkan lagi STEM di sekolah dan melahirkan lebih banyak murid yang mempunyai kompetensi dalam bidang STEM melalui aktiviti-aktiviti seperti ini. Seramai 35 orang pemenang hadir ke sekolah untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh puan pengetua. Diharapkan lebih ramai lagi murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini pada masa akan datang.