14 & 15 Disember 2020- SK Tanjung Aru II telah mengadakan Majlis Apresiasi Kualiti Murid Norma Baharu Secara Pandu Lalu (Drive Thru). Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan khusus kepada murid yang mendapat pencapaian akademik terbaik selain penyampaian sijil PBD murid tahun 1 hingga 4 bagi sesi persekolahan 2020. Namun begitu, majlis ini akan dilaksanakan dalam keadaan norma baharu secara pandu lalu memandangkan seluruh dunia kini menghadapi pandemik Covid 19. Majlis Apresiasi Kualiti Murid ini yang akan  menjadi memori indah kepada semua murid khususnya penerima-penerima anugerah agar mereka terus cemerlang pada masa akan datang walaupun terpaksa dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.  Antara objektif bagi majlis ini ialah memberi anugerah bagi pencapaian yang cemerlang murid-murid dari aspek kurikulum dan kokurikulum selain untuk memberi penghargaan kepada semua murid yang telah memberi sumbangan kepada pihak sekolah.

📌Sesi 1 (Tahun 1,2, & 3)
Tarikh : 14 Dis 2020
Hari : Isnin
Masa – 7.30 pg-9.30 pg (Tahun 1)
           – 9.30 pg-11. 30 pg (Tahun 2)
           – 11.30 pg-1.00 ptg(Tahun 3)
📌Sesi 2 (PPKI, Tahun 4 & 5)
Tarikh : 15 Dis 2020
Hari : Selasa
Masa  – 7.30 pg-9.30 (PPKI)
            – 9.30 pg-11. 30 pg (Tahun 4)
            – 11.30 pg-1.00 ptg(Tahun 5)
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan teratur mengikut SOP yang telah ditetapkan. Terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat baik secara lansung atau tidak lansung~

    

Please follow and like us:

Leave a Reply