Peperiksaan Akhir Tahun secara norma baru dalam tempoh PKPB telah dijalankan bermula 26-30 November 2020 secara dalam dan luar talian. Ibu bapa dan murid mendapatkan soalan peperiksaan di sekolah sebelum peperiksaan dijalankan. Bantuan pihak tentera dan polis juga amat dihargai dalam usaha pengagihan kertas peperiksaan kepada murid yang terlibat dengan kawasan PKPD. Guru-guru dan staf bukan guru juga telah membantu mencetak, mengagihkan soalan dan menjalankan penilaian tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tahniah dan sybas diucapkan kepada semua atas usaha murni ini.