Pasukan Kerja Tahun 6 SK Unggun telah merancang beberapa program bagi tujuan kecemerlangan UPSR 2020. Antara program tersebut ialah Klinik UPSR yang di jalankan pada 17 hingga 23 Februari 2020 bagi membantu murid-murid mengenalpasti cara menjawab soalan dengan betul. Penceramah yang dijemput di dalam klinik ini merupakan guru dan pegawai yang mempunyai pengalaman luas dalam teknik menjawab soalan UPSR. Diharapkan murid-murid SK Unggun Menggatal dapat mengambil peluang ini sebaik mungkin. Pihak SK Unggun mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah yang terlibat.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan