SILA MUAT TURUN

SLAID-MANUAL-PdPDR

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan.

Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu.

Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir
sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Manual ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat pemakluman dan garis panduan KPM berkaitan yang sedang berkuat kuasa.

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.

1. PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:

2. pelantar pembelajaran seperti Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube,
EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau

3. aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams
secara lintas langsung (live streaming); atau

4. ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku,
rakaman atau tugasan dalam talian.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan