KOTA KINABALU- Kolej Vokasional Likas telah melaksanakan Program Outreach  pada 15 September sehingga 2 Oktober 2020. Program outreach ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh Kolej Vokasional Likas bagi menyampaikan maklumat berkaitan pengambilan pelajar tahun 2021.

Program outreach ini memfokuskan pelajar lepasan tingkatan tiga untuk menyertai program-program yang telah ditawarkan oleh Kolej Vokasional Likas. Antara program-program yang ditawarkan termasuklah Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Teknologi Pembinaan, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Kimpalan, Pengurusan Perniagaan, dan Kesetiausahaan Pentadbiran. Program Outreach ini melibatkan 40 buah sekolah dan seramai 31 orang pensyarah merupakan jawatankuasa pelaksana terlibat dalam menjayakan Program Outreach pada tahun ini.

Gambar Aktiviti

 

Ditulis oleh : Harsyakila

Please follow and like us:

Leave a Reply