Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beberapa orang guru dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Guru yang terlibat iaitu Hanita Binti Ladjaharun, Osman Bin Muamat, Ragina Sikua, Sukriah Binti Lamai dan Jescy John.
Penyertaan guru-guru berbakat ini dalam pertandingan peringkat antarabangsa yang turut juga disertai oleh 60 buah negara lain, iCAN (INTERNATIONAL INVENTION INNOVATION IN CANADA) telah mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan memenangi anugerah berikut:
1. GOLD MEDAL: INTERNATIONAL INVENTION INNOVATION IN CANADA
2. SPECIAL AWARD PRESENTED BY MANILA YOUNG INVENTOR ASSOCIATION
3. SPECIAL AWARD PRESENTED BY TORONTOINTERNATIONAL SOCIETY OF INNOVATION & ADVANCE SKILLS
warga sekolah amat bangga dengan pencapaian inovasi semua guru terlibat. Syabas dan tahniah diucapkan.