Pengawas-pengawas SJK ( C ) Lok Yuk, Likas telah menyertai “Pertandingan Mengikat Tali Leher” yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada 11 September 2020,  jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Objektif Pertandingan ini ialah :

a) melahirkan seorang insan yang sempurna dari segi JERIS.

b) melahirkan insan tahu mengurus diri dan kekemasan diri.

c) melahirkan insan yang tahu menguruskan masa.

d) memantapkan jati diri para pengawas agar lebih berdisiplin dan boleh menjadi teladan kepada murid-murid sekolah.

Pertandingan ini telah melibatkan semua pengawas Tahap 2 iaitu pengawas dari Tahun 4, 5 dan 6.Sebelum menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan tersebut, Guru Besar Cik Chin Lian Hong juga memberi ucapan , beliau menasihatkan semua pengawas agar dapat menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang bertanggungjawab dan ketulusan hati semasa bertugas di sekolah. Majilis Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 18 September 2020, jam 10.30 pagi.

Please follow and like us:

Leave a Reply