Murid-murid SJK ( C ) Lok Yuk, Likas telah menyertai Pertandingan Matematik “Hua Luo Geng” daerah Kota Kinabalu yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah pada 10 Ogos 2020,  jam 9 pagi hingga 10.30 pagi.

Objektif Pertandingan Matematik “Hua Luo Geng” ini adalah ingin mencungkilkan lagi bakat murid-murid sekolah rendah dalam menyelesaikan masalah Matematik yang mencabar dan memberikan peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam Matematik selain daripada Sukatan Pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ia juga berperanan membuka minda murid-murid dengan lebih luas lagi dalam mencari cara penyelesaian soalan-soalan Matematik.

 

Majilis Penyampaian Hadiah telah dijalankan pada 12 September 2020, jam 1.30 petang  di Mini Teater, Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah.

Please follow and like us:

Leave a Reply