21 September 2020, Isnin – Seluruh warga SMK Bandaraya Kota Kinabalu, mengalu-alukan kehadiran Yang berbahagia Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia dan Yang Berbahagia, Dr. Mistrine binti Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah  diiringi oleh Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Rohani Ramlee dan para tetamu jemputan dif-dif Kehormat ke Majlis Bicara Motivasi Bersama Tokoh “Majlis Sirih Pulang ke Gagang”. Terima kasih dari kami warga sekolah kerana kesudian semua tetamu jemputan ke sekolah kami.

Ketibaan Yang berbahagia Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia diiringi oleh Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Rohani Ramlee ke pentas utama.


Persembahan sambutan tetamu oleh kumpulan gamelan murid sekolah


Sebahagian barisan pentadbir dan guru sekolah yang menjayakan majlis.


Please follow and like us:

Leave a Reply