Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II telah menganjurkan Bengkel Simulasi Inovasi e-Hijaiyyah anjuran Panitia Pendidikan Islam (PAI) pada 15 September 2020 . Bengkel ini merupakan salah satu daripada aktiviti PLC PAI di sekolah ini yang melibatkan ahli-ahli Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Bengkel ini juga disertai oleh semua Pentadbir. Seramai 4 orang murid yang lemah huruf hijaiyyah telah menjadi peserta bengkel.
Bengkel ini bertujuan untuk memperlihatkan kepada ahli-ahli panitia Agama Islam dan para pentadbir bagaimana Inovasi ini mampu untuk menjadi intervensi kepada murid yang lemah dalam mengingat dan menyebut huruf hijaiyyah dengan cara yang sangat cepat, sangat menarik dan tidak menjemukan murid. Hasil daripada bengkel ini, murid yang pada awalnya keliru huruf hijaiyyah, akhirnya dapat menyebut huruf-huruf tersebut yang berbaris di atas dengan baik walaupun bermula dari bawah (Ya).
Kaedah e-Hijaiyyah ini akan memandu murid sehingga dapat membaca al Quran dalam masa yang singkat sahaja. Sudah ramai murid di sekolah ini yang dapat membaca al Quran dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah ini.