Majlis perpisahan bagi Guru Besar SJKC Chung Hwa Likas, Encik Tai Nyit Wun telah dijalankan pada 30 Ogos 2020 di dewan terbuka sekolah. Presiden Dewan Perniagaan & Perindustrian Tionghua KK, Datuk Michael Lui, para ahli Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG dijemput hadir ke majlis tersebut. Acara majlis dilangsungkan melalui Google Meet. Murid-murid yang berada di dalam bilik darjah disebabkan pematuhan SOP COVID-19 juga dapat menyaksikan majlis secara siaran langsung. Semoga Tuan Guru Besar lebih berjaya di sekolah baharu SJKC Chung Hwa Kota Kinabalu.
Pihak sekolah juga mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baharu, Encik Richie Kong Ambalong. Beliau merupakan Guru Besar SJKC Siew Ching Lahad Datu sebelum ini.


Majlis perpisahan mematuhi SOP COVID-19.

Acara serah terima tugas. (Dari kiri: Encik Richie Kong Ambalong, Datuk Michael Lui, YDP PIBG Encik Frederick Chang, Encik Tai Nyit Wun)

Acara penyampaian cenderahati oleh YDP PIBG, Encik Frederick Chang kepada Encik Tai Nyit Wun. Disaksikan oleh Presiden Dewan Perniagaan & Perindustrian Tionghua KK, Datuk Michael Lui.

Sesi “Punch kad” terakhir Guru Besar Encik Tai Nyit Wun.

Video Perkhidmatan Encik Tai Nyit Wun tahun 2013-2020.

 

Video Majlis Perpisahan Guru Besar pada 28.8.2020.

Penghargaan daripada Encik Tai, guru-guru dan murid-murid.


Murid-murid mengucapkan selamat tinggal kepada Guru Besar Encik Tai Nyit Wun.


 

Please follow and like us:

Leave a Reply