Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II telah menggunakan imbasan QR Code bagi kehadiran murid setiap pagi ke sekolah untuk menggantikan cara mengambil kehadiran murid secara manual. Setiap murid telah disediakan QR Code sendiri untuk memudahkan imbasan kehadiran di ambil. Kaedah ini digunapakai disebabkan oleh situasi pandemik COVID-19 masih belum selesai  bertepatan dengan anjuran dari kerjaan untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Penggunaan QR Code ini telah memudahkan urusan guru untuk mengambil kehadiran pada awal pagi . Selain itu, ianya dapat mengelakkan kesesakan murid di bawah khemah ketika guru mengambil kehadiran serta memeriksa suhu badan murid secara manual. Imbasan QR Code ini telah mula dilaksanakan bermula 25 Ogos 2020 bagi semua murid tahap 1 dan 2.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan